Berita Auto

Toyota Corolla Cross – Apabila Corolla Bertemu SUV

Toyota telah memperkenalkan crossover segmen-C baharu yang dikenali sebagai Corolla Cross di Thailand. Ini merupakan kali pertama nama Corolla digunakan pada kenderaan jenis crossover sejak ia diperkenalkan pada 1966.

Seperti Corolla Altis dan C-HR, Corolla Cross dibina di atas platform TNGA-C. Bagaimanapun, tidak seperti dua model tersebut yang menggunakan suspensi belakang jenis double wishbone, model ini menggunakan torsion beam.

Ini berkemungkinan untuk memaksimumkan kapasiti ruang bagasi selain mengurangkan kos pengeluaran. Menurut Toyota, model ini mempunyai ruang bagasi seluas 440/470 liter dan radius putaran 5.2 meter.

Dari segi reka bentuk, Corolla Cross dilihat mempunyai beberapa ciri rekaan yang hampir sama dengan RAV4 seperti gerbang roda bersegi dan kemasan hitam pada bahagian bawah badan. Di dalam barisan crossover Toyota, Corolla Cross diposisikan di bawah RAV4 yang menggunakan platform TNGA-K.

Di Thailand, Corolla Cross akan ditawarkan dalam versi petrol dan hibrid. Versi petrol menampilkan enjin 1.8-liter 2ZR-FBE yang menjana 140 PS dan 177 Nm, dan kotak gear Super CVT-i.

Sementara itu, versi hibrid pula dikuasakan oleh enjin 1.8-liter 2ZR-FXE THS II dengan 98 PS dan 142 Nm, dan sebuah motor elektrik dengan 72 PS dan 163 Nm. Gandingan ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 122 PS. Kuasa disalurkan ke roda menerusi E-CVT.

Berikut adalah spesifikasi Corolla Cross untuk pasaran Thailand:

Previous post

VOTY 2020//Crossover Tahunan - Mazda CX-30

Next post

Aston Martin KL Lancarkan Satu-Satunya Vantage AMR Malaysia Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *