Berita Auto

Sekarang Di Pasaran Nissan X-Trail Dengan Barang Dan Aerokit IMPUL

Nissan X-Trail kini boleh didapati dengan peningkatan IMPUL dalam bentuk IMPUL Sports Springs, IMPUL Aerokit lengkap serta roda 18″ yang direka IMPUL dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6.

Keseluruhan kit ini berharga hanya RM11,000 dan boleh dipakej bersama dengan pembelian X-Trail anda.

Kit aero IMPUL terdiri daripada:

  • Spoiler Bampar Hadapan depan dan belakang dua-tona
  • Pelapis gril V-Motion hitam gloss
  • Skirt sisi
  • Spoiler belakang

Selain itu, Kulit Maroon Nappa kini menghiasi bahagian dalaman pada:

  • kerusi kulit
  • papan pemuka kulit
  • pelindung lutut
  • perehat tangan

Boleh dibeli secara berasingan dengan harga berikut:

Semua aksesori dilengkapi dengan jaminan 3 tahun / 100,000 km dan dipasang dari kilang.

Pakej IMPUL tersedia untuk keempat-empat varian Hibrid dengan harga berikut:

Kit prestasi X-Trail dengan IMPUL akan dipamerkan di lokasi berikut:

Kenyataan Media

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan satu pakej baharu untuk Nissan X-Trail yang menyerlahkan lagi penampilan, atletik dan pengendalian penuh prestasinya; Nissan X-Trail Talaan IMPUL Baharu. Nissan X-Trail Talaan IMPUL kini hadir bersama Aerokit lengkap IMPUL dengan Spoiler Bampar Aero Hadapan dan Belakang Dua Tona, Kemasan Gril V-Motion Berwarna Hitam Berkilat, Skirting Sisi dan Spoiler Belakang, sekali gus memberikan X-Trail yang versati ini penampilan yang lebih agresif. 

Rim 18” IMPUL Aura SX-50 dilengkapi dengan tayar Continental ContiMaxContact MC6 memberikan kualiti cengkaman luar biasa dan prestasi pengendalian lebih mantap. Sementara Sport Spring IMPUL pula ditala untuk pengalaman pemanduan yang responsif. Ia memberikan pemanduan yang stabil dan selamat, seterusnya menyerlahkan semangat perlumbaan sukan bermotor IMPUL.

Selain daripada bahagian luaran yang ekspresif dan alat ganti berprestasi tinggi, ruang kabin Nissan X-Trail Talaan IMPUL juga dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa berwarna Maroon pada tempat duduk, papan pemuka, perlindungan lutut dan perehat tangan.

Pakej Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu ditawarkan pada harga RM11,000 serta boleh didapati dalam empat varian 2.0L Hibrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD.

Nissan X-Trail Talaan IMPUL baharu dipasang di kilang dan hadir bersama jaminan standard selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sementara jaminan untuk aksesori pula adalah selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Nissan X-Trail Talaan IMPUL akan membuat penampilan di beberapa buah bilik pameran Nissan terpilih sempena karnival Nissan X-Trail Talaan Impul mulai 18 Julai 2020, dari jam 10am hingga 8pm.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Previous post

Urus Hilang Takhta SUV Paling Berkuasa Kepada SUV Baharu dari Amerika

Next post

Siapa Rindukan Rev Enjin #Ducati? 🏍

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *