Cerita Auto

Perodua Sumbang 10,000 Lagi Pelindung Muka

Selepas menyumbangkan kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor pada bulan lalu, Perodua kini mengedarkan 10,000 lagi pelindung muka di daerah Hulu Selangor dan perbandaran Selayang.

Penerima di Hulu Selangor termasuk Pejabat Kesihatan Daerah, klinik klinik komuniti dan pergigian, para penguatkuasa Jabatan Perlesenan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta para penjaja pasar pagi dan malam.

Perodua turut menyerahkan pelindung muka kepada Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan melalui mereka kepada para penjaja di kawasan tersebut.

“Sumbangan Perodua ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kami selama 27 tahun kami bertapak di sini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Tambah Dato’ Zainal, Perodua setakat ini telah menyumbang 21,000 pelindung muka dan diharapkan alat perlindungan diri itu akan sentiasa dipakai oleh mereka yang bertugas dengan berani setiap hari.

Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selesa.

Previous post

Mitsubishi Xpander Sah Lancar di Malaysia Tahun Ini

Next post

KTM Perkenal 450 Rally Replica Versi 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *