Berita Auto

Mitsubishi Xpander Sah Lancar di Malaysia Tahun Ini

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengesahkan bahawa Mitsubishi Xpander akan dilancarkan di Malaysia pada tahun ini. MPV tujuh tempat duduk itu dilihat berada di perkarangan sebuah pengedar tempatan beberapa minggu lalu.

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2017, Xpander telah menerima sambutan yang menggalakkan di negara-negara jiran termasuk Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Berdasarkan gambar intipan awal bulan lalu, pasaran Malaysia berkemungkinan besar akan menerima versi facelift.

Bagaimanapun, tarikh pelancaran, spesifikasi serta harga bagi model ini masih belum diumumkan lagi. Apa yang pasti MPV ini hadir dengan enjin petrol 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 103 hp dan 114 Nm, serta transmisi automatik empat kelajuan. Transmisi manual lima kelajuan turut tersedia namun ia hampir pasti tidak akan ditawarkan di sini.

Selain itu, Xpander juga boleh didapati dalam versi Cross yang menggabungkan ciri-ciri SUV dengan MPV. Penggunaan kemasan plastik hitam di sekeliling badan menjadikan Xpander Cross 50 mm lebih lebar, manakala jarak lega tanah turut meningkat sebanyak 20 mm kepada 225 mm.

Previous post

Brembo Lancar Laman Web Versi Bahasa Malaysia

Next post

Perodua Sumbang 10,000 Lagi Pelindung Muka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *