Berita Auto

Youtuber Terbalikkan MINI JCW GP Di Halaman Rumah Sendiri

Pernahkah anda mendengar ungkapan ‘suka suka lama lama jadi duka’? Ungkapan ini tidaklah begitu popular namun mesej yang ingin disampaikan mudah dan jelas; kita perlu sentiasa beringat dalam apa jua keadaan sekalipun.

Mungkin inilah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh seorang Youtuber terkenal yang dikenali sebagai Pog. Beliau baru sahaja menerima sebuah MINI John Cooper Works GP namun akibat terlalu teruja, hot hatch edisi terhad itu hancur di tangan beliau sendiri.

Dalam video berdurasi 20 minit itu, Pog menunjukkan bagaimana JCW GP itu dihantar ke rumahnya di dalam sebuah kotak kayu. Oleh kerana lockdown masih berkuat kuasa, beliau memutuskan untuk memandu uji jentera itu di sekeliling rumahnya.

Selepas beberapa pusingan, tragedi akhirnya berlaku (lihat minit 9:03) apabila Pog secara tidak sengaja melanggar timbunan tanah kecil sekaligus mengakibatkan keretanya terbalik. Beliau tidak tercedera namun JCW GP itu mengalami kerosakan yang agak teruk terutamanya pada bahagian bumbung.

Tidak dapat dipastikan samada kereta itu akan diisytiharkan sebagai ‘total loss’ ataupun tidak namun kejadian ini sudah pasti menyakitkan hati Pog, lebih-lebih lagi beliau hanya sempat memandunya sepanjang 23 km sebelum menterbalikkannya.

Diperkenalkan pada tahun lalu, JCW GP merupakan model terpantas yang pernah dihasilkan MINI. Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo, ia mempunyai 306 hp dan 450 Nm yang membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 5.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum 265 km/j. Ia juga merupakan antara model MINI yang paling terhad dengan hanya 3,000 unit dihasilkan.

Previous post

Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder Dilancarkan

Next post

Mercedes-AMG GT Black Series Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *