Motosikal / Lain Lain Roda

KTM Perkenal 450 Rally Replica Versi 2021

Di litar lumba, nama KTM mungkin tidak segah pesaing-pesaingnya namun di kawasan gurun di mana Rali Dakar diadakan, pengeluar motosikal dari Austria itu dianggap sebagai raja.

Untuk model tahun 2021, KTM telah memberikan penambahbaikan casis dan mekanikal untuk 450 Rally Replica. Model edisi terhad itu diinspirasikan oleh jentera yang digunakan oleh pasukan Red Bull KTM Factory Racing dalam rali tersebut.

Pertama, motosikal itu kini dilengkapi dengan suspensi katrij tertutup WP XACT PRO yang dilengkapi dengan teknologi Cone Valve.

Selain itu, KTM turut mempertingkatkan respon enjin menerusi kotak gear baharu dan mekanisma penukaran gear yang disemak semula. Menurut KTM, kotak gear tersebut mempunyai nisbah gear yang sama seperti motosikal yang digunakan dalam Rali Dakar.

Ini merupakan hasil daripada input yang diberikan oleh tiga penunggang pasukan Red Bull KTM Factory Racing iaitu Toby Price, Matthias Walkner dan Sam Sunderland.

KTM 450 Rally Replica merupakan model eksklusif yang diterhadkan kepada 85 unit sahaja. Ia dijual pada harga 25,900 Euro (RM129,240).

Previous post

Perodua Sumbang 10,000 Lagi Pelindung Muka

Next post

Hyundai Santa Fe Facelift Dengan Pakej N Performance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *