Penyelenggaraan

Berapakah Kos Servis Untuk Proton X70

Kami berkongsi beberapa maklumat untuk perhatian anda.

Dalam beberapa bulan terakhir ini, banyak pembaca dan juga pembeli kereta yang ingin tahu telah bertanya di Facebook mengenai kos operasi dan juga masalah, jika ada, untuk Proton X70, iaitu versi pemasangan tempatan yang dilancarkan pada 12 Februari 2020 dengan harga jualan yang bermula dari RM94,800.

Berbanding dengan Proton X70 2018 yang diimport sepenuhnya, model 2020 ini mempunyai 16 perubahan yang jelas, ditambah dengan beberapa bahagian yang dilokalkan (Bateri dan tayar, yang paling senang dilihat) dan peningkatan di sebalik tabir yang susah sedikit untuk kita ketengahkan.

Kini dengan diskaun cukai jualan dan peniaga menawarkan beberapa aksesori dan perkhidmatan percuma yang menarik untuk jual stok mereka, rakyat Malaysia kelas menengah yang ingin mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka dan dengan kelebihan harga hampir RM40,000 berbanding beberapa pesaing Jepun dan kira-kira RM20,000 kelebihan harga daripada penawaran Korea, X70 kini dalam radar pembeli SUV Malaysia. Tambah lagi dengan kemenangan anugerah Vehicle Of The Year 2020 yang dimenangi oleh Proton X70 yang dipasang tempatan baru-baru ini memberikannya perhatian yang lebih kepada pasaran.

2020 Proton X70

Kenyataan Media: Di permukaan, anda perlu belanja

– Cukai Jalan (RM359.70 setahun)

– Insuran (Permulaan, dari RM2640.30 hingga 3334.80 setahun, bergantung pada variannya)

– Minyak

– Tol

– Tayar

Bagaimana dengan alat ganti? ‘Mahal’ ke? Kereta tidak akan berjalan tanpa perhatian. Mengapa anda PERLU terus kembali ke Pusat Servis yang Sah?

Terdapat banyak bahagian alat ganti PALSU di Malaysia, yang direka dan dihasilkan agar kelihatan seperti barang yang asli. Dan selalunya, packagingnya lebih baik daripada yang asal.

Kemudian ada bahagian pihak ketiga atau bahagian “boleh muat”, tetapi dijual dalam pembungkusan mereka sendiri.

Bahagian alat ganti asli Proton dibuat untuk tahan lama, untuk menyaring udara dan minyak dengan betul dan memastikan kenderaan Proton berjalan dengan baik dan tidak menghadapi masalah jaminan.

Berikut adalah harga kebiasaan alat ganti untuk Proton X70

  • Penapis Minyak Enjin – RM38.23
  • Gasket Palam Saliran – RM1.38
  • Palam Pencucuh – RM112.32
  • Penapis Udara – RM55.18
  • Penapis Debu & Serbuk – RM64.17
  • Penapis Bahan Api – RM17.93

Dalam talian, anda boleh isikan model, varian dan selang Proton anda, dan laman web ini akan memberi anda gambaran umum mengenai bahagian yang perlu anda tukar, dan pilihan menempah perkhidmatan anda secara dalam talian. Anda juga boleh melihat tab Proton Genuine Parts untuk mengetahui berapakah kos bahagian tersebut.

Jangan lupa, bahawa barang haus dan lusuh seperti pengelap, pad brek, dan rotor brek TIDAK termasuk dalam selang waktu JADUAL anda, kerana selang haus dan lusuh bergantung pada gaya pemanduan anda.

Kami berharap artikel ini berguna untuk anda dan anda mempunyai idea yang lebih baik mengenai berapa kos X70 untuk dimiliki dan pakai. Agak menjimatkan!

Item atau bahagian alat ganti yang disyorkan di atas tertakluk pada model, varian dan gaya pemanduan. Sila rujuk kepada Penasihat Perkhidmatan untuk maklumat lebih lanjut.

Previous post

Mercedes-AMG GT Black Series Diperkenalkan

Next post

Maserati Ghibli Hybrid Pertama Yang Memiliki Turbo 2.0L Inline 4

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *