Cerita Auto

Hyundai Santa Fe Facelift Dengan Pakej N Performance

Pemilik Hyundai Santa Fe facelift di Korea Selatan berpeluang memberikan SUV mereka penampilan yang lebih agresif dengan adanya penawaran pakej N Performance.

Bermula dari bahagian hadapan, pakej tersebut merangkumi reka bentuk bampar yang lebih agresif dan jeriji menegak yang dihiasi dengan perincian berwarna Sahara Beige.

Di belakang pula, terdapat spoiler bumbung berkembar serta diffuser gentian karbon yang menempatkan empat muncung ekzos. Material gentian karbon turut digunakan pada bahagian hud dan rim berukuran 21 inci.

Di dalam, Santa Fe menampilkan tempat duduk sport yang dibalut upholsteri kulit/Alcantara dengan perincian berwarna merah. Apa yang menarik, material gentian karbon turut diguanakan pada bahagian belakang tempat duduk hadapan, stereng, konsol tengah dan panel pintu.

Menurut Korean Car Blog, pelanggan yang mahukan lebih aksesori boleh memilih barangan seperti karpet getah, lampu dalaman LED, pakej haiwan peliharaan, sistem hiburan tempat duduk belakang dan khemah daripada katalog rasmi TUIX.

Selain angkup brek berwarna merah pada tayar hadapan, pakej N Performance nampaknya tidak mengandungi sebarang penambahbaikan prestasi.

Previous post

KTM Perkenal 450 Rally Replica Versi 2021

Next post

Lelaki Guna Duit Bantuan COVID-19 Beli Lamborghini Huracan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *