Berita Auto

Cawangan UMW Toyota di PJ dan Cheras Diubah Jadi Pengedar

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan dua daripada cawangannya sendiri di Petaling Jaya dan Cheras telah diubah statusnya menjadi pengedar bermula 1 Julai 2020.

Ini merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada awal Oktober 2017 dan November 2018 berkenaan peralihan majoriti operasi cawangan runcit syarikat kepada pengedar dan pihak berkepentingan lainnya.

Laser Motor PJ Sdn Bhd akan mengambil alih cawangan Seksyen 19, Petaling Jaya sementara Fokus Sentral Sdn Bhd akan mengambil alih cawangan di Cheras.

Langkah ini membolehkan UMWT memberi perhatian serta meningkatkan tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti lain yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar, sementara pengedar pula terus memberikan layanan terbaik dan memastikan kepuasan pelanggan sentiasa dipenuhi.

“Adalah sangat penting bagi UMWT untuk terus memenuhi jangkaan serta tahap kepuasan yang tinggi pelanggan,” ujar Presiden UMWT, Ravindran Kurusamy.

“Walaupun susunan semula ini menandakan perubahan besar buat UMWT, pelanggan kami tidak perlu risau kerana tahap perkhidmatan sedia ada tidak akan dikompromi, sebaliknya akan menjadi lebih baik di masa hadapan,” tambah beliau.

Previous post

BMW R 18 Masuk Pasaran Malaysia Oktober 2020

Next post

Perodua Catat Jualan 21,250 Kereta Pada Jun 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *