Berita Auto

Brembo Lancar Laman Web Versi Bahasa Malaysia

Brembo adalah jenama brek yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam sektor automotif tempatan. Kualiti dan ketahanan produk dari Itali ini menjadikan ia pilihan utama pelbagai jenama kenderaan terkemuka serta pemilik kereta secara amnya.

Dalam usaha untuk mendidik dan mempromosikan barisan produk mereka kepada komuniti ‘aftermarket’ tempatan, syarikat itu telah melancarkan laman web rasmi versi Bahasa Malaysia. Ia boleh diakses di sini: https://www.bremboparts.com/asiapacific/ms

Dibangunkan dengan kerjasama Emerald, yang juga merupakan rakan rasmi Brembo, ia merupakan laman web bahasa tempatan pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara.

Selain katalog produk untuk pelbagai jenis pengeluar dan model, laman web tersebut turut berfungsi sebagai platform untuk rakyat Malaysia meningkatkan pengetahuan mereka dalam sistem brek dan keselamatan menerusi berita global dan kemas kini yang berkaitan.

Walaupun dikenali sebagai jenama premium yang menghasilkan produk untuk kereta berprestasi tinggi, Brembo turut menawarkan produk selepas jualan yang berkualiti dan mampu milik untuk kenderaan penumpang termasuk Proton dan Perodua.

Previous post

Skrin Sentuh Tanpa Kontak Jaguar Land Rover Boleh Kurangkan Penyebaran Virus

Next post

Mitsubishi Xpander Sah Lancar di Malaysia Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *