Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Kereta dan Menangi Motosikal BMW G 310 R

Sime Darby Motors menawarkan peluang memenangi sebuah motosikal BMW G 310 R bagi mana-mana pelanggan yang membeli kereta di siri jelajah Sime Darby Motors DreamRide.

Bakal diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama dari 22 hingga 26 Julai ini, siri jelajah tersebut menampilkan beberapa jenama terkenal yang diwakili oleh Sime Darby Motors seperti BMW, MINI, Motorrad, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo.

Antara model yang ditawarkan termasuklah BMW 330i, BMW 530e M Sport, BMW M5, BMW X3, BMW 740Le, MINI Cooper Countryman plug-in hybrid, MINI 5 Door, MINI 3 Door, BMW C400x, BMW R1250GSA, S1000XR, BMW Rnine T/BMW F900R; Ford Ranger Raptor, Ranger WildTrak; Hyundai Santa Fe, Grand Starex, IONIQ Hybrid; Jaguar F-Pace, Land Rover Evoque, Velar serta Volvo XC60 dan XC40.

Pelanggan juga berpeluang memandu uji beberapa model BMW dan MINI seperti 320i, 530e M Sport, X3, Countryman Sports, Countryman Pure dan Clubman S.

Selain itu, pelanggan korporat dan individu juga boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif untuk pembelian flit dan juga trade-in. Hadiah misteri dan keahlian Braun Büffel turut menanti pengunjung.

Previous post

12,732 Unit Kenderaan Volkswagen Dipanggil Semula di Malaysia

Next post

Subaru WRX dan WRX STI Generasi Seterusnya Bakal Hadir Dengan Enjin 2.4L

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *