Cerita Auto

Auto Bavaria Tebrau Mula Beroperasi 15 Julai 2020

Auto Bavaria Tebrau akan memulakan operasinya sebagai wakil pengedar lengkap pusat Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) untuk BMW, BMW Motorrad, MINI, serta BMW Premium Selection (BPS) pada 15 Julai 2020.

Terletak di atas sebuah kawasan besar yang berkeluasan 63,000 kaki persegi, Auto Bavaria Tebrau mampu memuatkan 10 unit kereta BMW, 10 unit jentera BMW Motorrad, enam buah kenderaan MINI dan lapan kenderaan daripada BMW Premium Selection.

Wakil pengedar ini ditunjangi oleh lebih daripada 80 kakitangan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan. Ia turut menampilkan Customer Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Accessories, Handover Area dan RATC (“reception at the car”) Service.

Auto Bavaria Tebrau beralamat di 3B, Jalan Persiaran Tebrau, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

Untuk maklumat dan pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi talian Auto Bavaria Customer Care di 1300 133 338 atau e-mel: abcustomercare@autobavaria.com.my.

Previous post

Volkswagen Perkenal Golf GTI GTC

Next post

Mazda3 Turbo Diperkenalkan di Mexico

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *