Berita Auto

Alat Ganti Toyota 2000GT Akan Dihasilkan Semula

Dilancarkan pada 1967 menerusi kerjasama dengan Yamaha Motor, Toyota 2000GT merupakan antara kereta sport paling ikonik yang pernah dihasilkan oleh Toyota.

Model itu memiliki beberapa teknologi yang canggih pada ketika itu seperti enjin enam silinder sebaris DOHC, sistem suspensi ‘double wishbone’ pada bahagian hadapan dan belakang, brek cakera, rim magensium aloi dan lampu ‘pop up’.

Sehingga produksinya berakhir pada 1970, hanya 337 unit 2000GT dihasilkan. Dengan usia jentera itu yang sudah melebihi 50 tahun, ketersediaan alat ganti pasti pasti menjadi satu isu.

Bagaimanapun, pemilik model klasik ini kini boleh menarik nafas lega kerana Toyota telah mengesahkan bahawa ia b alat-alat ganti untuk model tersebut menerusi Toyota Gazoo Racing. Pesanan akan dibuka di laman web TGR bermula 1 Ogos. Menurut Toyota, ia juga boleh didapati dari wakil pengedar jenama itu seperti alat-alat ganti lain.

Bagi mengelakkan penjualan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, komponen-kompnen ini hanya akan dijual kepada pemilik 2000GT. Bilangan alat ganti juga akan dihadkan bagi setiap unit.

Ini bukanlah kali pertama Toyota menghasilkan semula alat ganti untuk model ikoniknya. Sebelum ini, syarikat itu mengambil inisiatif yang sama untuk Supra A70 dan A80.

Previous post

Lexus LS Facelift Hadir Dengan Tahap Keselesaan Lebih Tinggi

Next post

Proton Saga Sambut Ulang Tahun ke-35

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *