Berita Auto

Volkswagen Lancar Passat & Tiguan Edisi Terhad ‘United’

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan model edisi terhad United yang terdiri daripada Passat dan Tiguan bagi meraikan kekuatan perpaduan yang sudah lama wujud dalam jenama Volkswagen.

Model-model United menampilkan dua aksesori original Volkswagen yang unik. Penutup roda dinamik yang memastikan logo sentiasa tegak ketika kereta bergerak untuk model Tiguan dan Passat, manakala lampu pintu LED memancarkan logo Volkswagen apabila pintu hadapan Passat dibuka.

Passat United ditawarkan pada harga RM193,856, dan dilengkapi dengan aksesori bernilai RM12,000. Aksesori tambahan itu termasuklah pedal sports aluminium dan plat sisi kaki, rim aloi Verona baharu bersaiz 19 inci, VW Tint serta lencana United.

Tiguan United pula didatangkan dengan bampar hadapan sports, spoiler belakang, kemasan krom pada trunk, pelindung ruang kargo, muncung ekzos krom, VW Tint dan emblem United, kesemuanya bernilai RM4,000. Tiguan United dijual pada harga RM166,108.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pengenalan model United adalah sebagai simbol solidariti yang berakar umbi dalam jenama Volkswagen.

“Walaupun ada hubungan di antara rangkaian model United dengan penglibatan Volkswagen dalam sukan bola sepak, signifikan nama dan apa yang diwakilinya sangat relevan dengan perkembangan dan cabaran yang kita hadapi pada hari ini. Bukan itu sahaja, prinsip utama jenama Volkswagen ialah #wenotme yang memberi penekanan terhadap aspek kesatuan dan kebersamaan.”

Previous post

Porsche Kurangkan Harga Sehingga RM48,000

Next post

Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *