Berita Auto

Volkswagen Kini Ada Kedai Rasmi di Shopee

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kedai rasminya di platform e-dagang terkenal, Shopee. Bersempena dengan Jualan Pertengahan Tahun 7.7 tidak lama lagi, syarikat itu menawarkan pelbagai tawaran eksklusif untuk kereta yang ditempah menerusi Shopee dari 23 Jun hingga 7 Julai.

Pelanggan hanya perlu membayar RM199 untuk layak mendapat ganjaran bernilai dari RM4,279 hingga RM14,819 (bergantung pada model). Ini termasuk penjimatan eksklusif dalam talian, penghantaran ke rumah secara percuma dalam radius 20 km dari pengedar yang dipilih, pakej sanitasi percuma bernilai RM150 dan camper Volkswagen LEGO bernilai RM499.

Bukan itu sahaja, tujuh pelanggan bertuah yang membeli sebuah Volkswagen antara 23 Jun hingga 7 Julai juga berpeluang memenangi baucar Shopee bernilai RM700.

Kerjasama antara Volkswagen dan Shopee adalah sejajar dengan prinsip jenama Volkswagen baharu iaitu ‘digital first’. Ketika rakyat Malaysia sedang melalui normal baharu, platform e-dagang seperti Shopee serta bilik pameran dalam talian Volkswagen (eShowroom) menjadi titik hubungan utama untuk pelanggan.

Kedai Volkswagen di Shopee akan menampilkan barisan model yang lengkap, sekaligus memberikan alternatif yang mudah kepada mereka yang ingin membeli kereta.

Previous post

Perodua Sumbang Lebih 5,000 Pelindung Muka Kepada Sekolah-Sekolah di Hulu Selangor

Next post

Yamaha Tracer 900 GT Dapat Dua Warna Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *