Promosi / Tawaran / Peraduan

Toyota Lancar Pakej Pembiayaan Khas Untuk Graduan

UMW Toyota Motor dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad telah memperkenalkan pakej pembiayaan khas untuk graduan yang ingin membeli Toyota Vios, Yaris dan Avanza baharu.

Selari dengan prinsip Murabahah, pakej Murabahah Vehicle Term Financing-i (MVTF-i) menawarkan pilihan pembiayaan tambahan kepada para graduan selain pembiayaan sewa beli Islamik berdasarkan Al IjarahThumma Al-Bai (AITAB). Buat masa ini ia ditawarkan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Dengan pembiayaan Murabahah ini, jumlah pembiayaan gabungan boleh mencecah 100% dengan sumbangan takaful dan ianya termasuk kos-kos lain seperti undang-undang dan duti setem.

Pakej ini ditawarkan kepada graduan (pemegang ijazah) berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan minimum RM3,000 sebulan dan telah bekerja sekurang-kurangnya selama enam bulan. Mereka yang bekerja kurang daripada tempoh enam bulan perlu mendapatkan ibu bapa sebagai penjamin.

Mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 tetapi lebih dari RM2,000 sebulan juga boleh memohon dengan syarat ibu bapa mereka (sebagai penjamin) mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5,000.

Vios, Yaris dan Avanza didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan. Bukan itu sahaja, jika insurans dibeli daripada pengedar bertauliah UMW Toyota, pelanggan akan menerima keahlian 24SEVEN Road Assist secara percuma dan bantuan kecemasan 24 jam, tujuh hari seminggu.

Previous post

SDAC-Ford Tawar Diskaun 20 Peratus Untuk Servis dan Alat Ganti

Next post

BMW Motorrad Malaysia Tawar Lanjutan Waranti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *