Berita Auto

Toyota Kini di Lazada dan Shopee

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan kedai dalam taliannya di dua platform e-dagang paling popular di Malaysia iaitu Lazada dan Shopee, di mana pelanggan boleh mendapatkan tawaran-tawaran khas istimewa bagi model-model terpilih Toyota.

“Kami ingin menjadikan pengalaman pembelian kenderaan Toyota lebih mudah, terutama jika pelanggan inginkan tawaran serta penjimatan istimewa. Ini juga menjadi tambahan terbaru kepada Toyota Online Showroom yang diperkenalkan sebelum ini, yang turut mendapat sambutan menggalakkan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Yuran tempahan yang dikenakan di dua kedai dalam platform berkenaan ialah serendah RM250 dan bayaran boleh dibuat dengan cara yang sama sebagaimana pembelian barangan lain secara dalam talian, iaitu dengan menggunakan kad kredit atau pindahan wang secara elektronik dari akaun bank.

Setelah membuat pembayaran yuran tempahan, pelanggan akan dihubungi oleh penasihat jualan di cawangan sah Toyota berdekatan. Sokongan perbualan juga ada disediakan dalam talian (Isnin-Jumaat, 9.30 pagi-5.30 petang) bagi pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan.

Promosi juga akan diadakan dari semasa ke semasa dengan tawaran penjimatan eksklusif. Sebagai contoh, sedang berlangsung ketika ini ialah promosi istimewa bagi Toyota Fortuner (stok terhad) dengan penjimatan bernilai sehingga RM22,760 dan servis berjadual percuma selama lima tahun.

Selai itu, tawaran istimewa untuk model 2019 lain yang terpilih seperti Innova, Harrier dan Hilux turut disediakan melalui Toyota Flagship Stores di Lazada dan Shopee.

Previous post

Pemenang Toyota Gazoo Racing Musim Ketiga Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM360k

Next post

Beberapa Unit Tesla Model 3 Ada Di Jual Di Johor Bahru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *