Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Tawaran Hebat Pertengahan Tahun di Naza Automall

Bermula sekarang hingga 15 Julai, Naza Automall akan mengadakan jualan mega pertengahan tahun (Mega Year Mid Deal) yang menawarkan penjimatan hebat di samping pengecualian cukai jualan yang sedang berkuat kuasa.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah menarik serendah 1.88% serta waranti setahun percuma semasa tempoh promosi ini.

Naza Automall beroperasi dari 9 apgi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu dan cuti umum.

Bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada normal baharu, pelanggan boleh memilih untuk melihat kenderaan yang dijual menerusi beberapa platform dalam talian atau berinteraksi dengan jurujual menerusi panggilan video.

Untuk pandu uji, pelanggan perlu membuat janji temu dengan penasihat jualan terlebih dahulu. Hanya dua individu dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan pada satu-satu masa dan setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas sesi pandu uji.

Previous post

Aston Martin AMB 001 Jalani Ujian di Perancis

Next post

Geely Haoyue Dilancarkan Di China Dengan Banyak Teknologi Untuk Harganya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *