Berita Auto

Subaru Crosstrek 2021 Hadir Dengan Enjin 2.5-Liter

Subaru of America telah memperkenalkan model Crosstrek (juga dikenali sebagai XV di pasaran lain termasuk Malaysia) versi 2021 yang kini hadir dengan pilihan enjin lebih berkuasa.

Enjin yang dimaksudkan adalah enjin ‘boxer’ 2.5-liter empat silinder daripada Forester yang mampu menjana 182 hp dan 239 Nm. Dipadankan dengan CVT, enjin tersebut didatangkan secara standard pada varian Limited dan Sport.

Sementara itu, varian asas dan Premium pula kekal dengan enjin 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 152 hp dan 267 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan namun tetap menawarkan pilihan CVT. Seperti sebelum ini, semua varian Crosstrek mempunyai Subaru Symmetrical All-Wheel Drive dan Active Torque Vectoring.

Varian yang dilengkapi dengan CVT bagaimanapun mendapat beberapa kelengkapan tambahan seperti mod X-Mode untuk pemanduan off-road, Hill Descent Control, serta SI-Drive yang membolehkan pemandu memilih antara mod Intelligent dan Sport.

Sesuai dengan namanya, Crosstrek Sport mendapat ciri tambahan yang berupa mod Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud. Ia juga hadir dengan kemasan pada gerbang roda, rim 17 inci berwarna kelabu gelap, kemasan gunmetal pada jeriji hadapan dan upholsteri StarTex dengan jahitan kontras berwarna kuning.

Dari segi keselamatan, semua varian CVT dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu Subaru EyeSight yang telah ditambah baik dengan dua ciri baharu iaitu Advanced Adaptive Cruise Control dan Lane Centering. Turut disertakan adalah tujuh beg udara dan Rear Seat Reminder.

Previous post

Bentley Telah Sehingga Kini Bina 20,000 SUV Bentayga

Next post

Harga Kereta Perodua Turun 3-6 Peratus Mulai Hari Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *