Berita Auto

Senarai Harga Baharu Peugeot, Citroën dan DS

Jenama-jenama PSA yang bernaung di bawah Kumpulan Naza iaitu Peugeot, Citroën dan DS mendapat pengurangan harga berikutan inisiatif pengecualian cukai jualan kenderaan yang diumumkan baru-baru ini.

Berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di mana model yang dipasang secara tempatan (CKD) mendapat 100% pengecualian cukai jualan manakala model import sepenuhnya (CBU) menerima 50% pengecualian cukai jualan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kesemua model yang tersenarai ini dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

Seperti yang boleh dilihat, kebanyakan model ini mendapat pengurangan harga kurang daripada empat peratus, kecuali Citroën C3 Aircross. Dari segi harga, model yang menyaksikan pengurangan paling tinggi adalah DS7 iaitu RM10,315.54.

Previous post

Senarai Harga Baharu Kia

Next post

Porsche Cayenne GTS Coupé Dilancarkan Di Jerman

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *