Berita Auto

Senarai Harga Baharu Nissan

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah mengumumkan harga baharu untuk barisan model Nissan, bersempena dengan pengecualian cukai jualan kenderaan baharu yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Disember 2020.

Selain potongan harga berikutan pengecualian cukai jualan (100% untuk model CKD dan 50% untuk CBU), semua model Nissan (kecuali LEAF) turut menikmati rebat tambahan ReMarkable Car Offers (RMCO).

Harga baharu model-model Nissan yang telah dikurangkan adalah seperti berikut:

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Serena S-Hybrid atau X-Trail bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2020 akan menerima pelan perlindungan FWD Protect Direct Family Takaful selama setahun (sehingga 4 orang ahli keluarga; ibu bapa dan 2 orang anak) dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM100,000. Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Layari laman web: fwd.com.my/direct/protect-direct untuk maklumat lanjut.

Selain itu, 20 pelanggan yang membeli mana-mana model Nissan dari sekarang hingga 30 Jun 2020 turut berpeluang memenangi peralatan CUCKOO Healthy Home bernilai sehingga RM128,888 menerusi peraduan Beli & Menang Nissan.

Previous post

Pusat Servis Bermaz Bakal Guna Minyak Sintetik Penuh Petronas Syntium

Next post

Senarai Harga Baharu Honda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *