Cerita Auto

Senarai Harga Baharu Honda

Honda Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu bagi barisan model Honda berikutan inisiatif pengecualian cukai jualan kereta baharu yang berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020.

Dengan pengecualian cukai jualan 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD), model-model CKD Honda iaitu Jazz, BR-V, City, HR-V, Civic, CR-V dan Accord menyaksikan penurunan harga antara RM2,788.46 dan RM8,545.63.

Sementara itu, harga bagi model yang diimport sepenuhnya (CBU) iaitu Odyssey berkurang sebanyak RM9,502.47 dengan pengurangan cukai jualan sebanyak 50%.

Selain pengurangan harga ini, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik menerusi kempen “Kita Bersama Deals”.

Previous post

Senarai Harga Baharu Nissan

Next post

Senarai Harga Baharu Mitsubishi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *