Berita Auto

Proton Lantik Roslan Abdullah Sebagai Naib Presiden, Jualan & Pemasaran

Roslan Abdullah telah dilantik sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran baharu Proton serta Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd (PESB).

Proton Edar anak syarikat milik penuh Proton yang menguruskan pengedaran kereta-kereta Proton dan menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan.

Setelah hampir tiga dekad berkecimpung di dalam sektor automotif, Roslan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berkaitan landskap automotif di Malaysia. Jawatan yang pernah dipegang oleh beliau termasuklah di bahagian kewangan, operasi dan jualan.

Sebelum menyertai Proton, pemegang Ijazah Kewangan dan Perakaunan dari University of Brighton, United Kingdom ini memantau operasi di DRB HICOM Defense Technologies Sdn Bhd (DEFTECH).

Menurut Proton, pelantikan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi mencapai matlamat dan objektif jangka panjangnya.

“Syarikat amat mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menjadi sebahagian daripada Proton dan kami mengharapkan agar beliau dapat membantu meningkatkan prestasi Proton pada waktu yang mencabar ini,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Previous post

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Talaan Manhart

Next post

Mercedes-AMG A35, A45 S Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *