Berita Auto

Range Rover Evoque Generasi Ke-2 Masuk Pasaran Malaysia

Model yang ditunggu-tunggu iaitu Range Rover Evoque generasi kedua telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam dua varian iaitu P200 dan P250 R-Dyanmic. Harga bermula dari RM426,828 untuk P200 dan RM475,398 bagi P250, termasuk pengecualian cukai jualan 50 peratus.

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin Ingenium turbo 2.0-liter empat silinder namun jumlah kuasa adalah berbeza. P200 mempunyai 200 PS dan 320 Nm, manakala P250 pula mempunyai 249 PS dan 365 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan teknologi Driveline Disconnect.

Dari segi prestasi, Evoque P200 boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 8.5 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum 216 km/j. Evoque P250 pula memerlukan 7.5 saat untuk mencapai 100 km/j manakala kelajuan maksimumnya adalah 230 km/j.

Bagi aspek kelengkapan, Evoque didatangkan standard dengan sistem Terrain Response 2 yang berfungsi untuk menyesuaikan karakter pemanduan mengikut keadaan permukaan jalan.

Terdapat juga fungsi Smart Settings yang menggunakan algoritma AI untuk mempelajari keutamaan pemandu. Sistem ini kemudiannya akan menggunakan data tersebut untuk menetapkan media dan ciri-ciri keselesaan secara automatik.

Fungsi bantuan pemandu seperti Clear Exit Monitor, Park Assist, Lane Keep Assist, Driver Condition Monitor, Traffic Sign Recognition, Adaptive Speed Limiter and Front dan Rear Parking Aid turut disertakan.

Sebagai varian tertinggi dalam barisannya, Evoque P250 R-Dynamic mendapat beberapa kelengkapan tambahan. Ini termasuk rim Type 5079 berukuran 20 inci dengan kemasan Gloss Sparkle Silver dan kemasan berwarna tembaga pada bahagian luaran.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri pintar seperti ClearSight Ground View, 360 Surround Camera, Adaptive Cruise Control, High-Speed Emergency Braking, Blind Spot Assist dan ClearSight Rear View Mirror.

Seperti kenderaan Land Rover lain yang dijual di Malaysia, Range Rover Evoque didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun, servis percuma lima tahun dan pakej bantuan tepi jalan tiga tahun.

Bersempena dengan pelancaran ini, Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan baucar aksesori bernilai RM3,000 yang boleh digunakan untuk membeli aksesori tulen Evoque. Setiap aksesori didatangkan dengan waranti lima tahun.

Previous post

Pusingan Akhir Toyota Gazoo Racing Online Challenge Diadakan 12 Julai Ini

Next post

Kini Anda Boleh Pandu Uji Kenderaan Ford di Rumah atau Pejabat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *