Berita Auto

Pusat 4S Toyota Dibuka di Muar

UMW Toyota Motor memperkukuhkan jaringan selepas jualan mereka di selatan tanah air dengan pembukaan sebuah pusat 4S baharu di Muar, Johor.

Outlet tersebut dioperasikan oleh E.S. Yang Motor yang merupakan pengedar bertauliah Toyota sejak 1993. Syarikat tersebut bermula dengan sebuah bilik pameran yang dinaik taraf dengan sebuah pusat servis setahun kemudian. Pada 2012, operasi syarikat itu diperkembangkan lagi dengan sebuah pusat badan dan cat (B&P).

Pusat 4S baharu tersebut mempunyai 66 kakitangan jualan dan servis, dengan 12 ruang servis yang boleh menampung sehingga 33 kenderaan sehari. Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang rehat dengan Wifi dan TV.

E.S Yang Motor terletak di 333, Jalan Dato Haji Kosai, 84000 Muar. Mereka boleh dihubungi di talian 06-9528333 bagi jualan dan 06-0556333 bagi servis. Waktu operasi adalah Isnin hingga Sabtu, dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Previous post

Lexus Baharu Dipersembahkan Dengan Facelift Dan Perubahan Besar

Next post

Nissan Rogue Pasaran AS Baharu Didedahkan Dan Pratonton X-Trail Edisi Seterusnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *