Berita Auto

PDRM Terima 425 Unit Honda Civic 1.8S

Honda Malaysia hari ini menyampaikan 425 unit Honda Civic 1.8S kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk digunakan sebagai kereta peronda.

Dilancarkan pada Februari lalu, Civic 1.8S menampilkan bampar dan rim 16 inci dalam rekaan baharu, serta pengelap cermin automatik dan sensor hadapan.

Varian ini dikuasakan oleh enjin 1.8-liter i-VTEC yang menghasilkan 141 PS dan 174 Nm, dengan padanan transmisi jenis CVT yang ditugaskan untuk memacu roda hadapan.

Dari segi keselamatan, Civic dilengkapi dengan sistem Honda Sensing, selain enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA) dan Auto Brake Hold (ABH).

Pada Januari lalu, Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip Toyota Corolla Altis yang bakal dijadikan sebagai kenderaan peronda (MPV) PDRM baharu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syarikat itu telah menerima surat niat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan 425 unit MPV kepada PDRM bagi menggantikan Proton Wira dan Waja yang sudah berusia secara berperingkat.

Previous post

Maserati Levante Trofeo Launch Edition Kini di Malaysia

Next post

Pengecualian Cukai Jualan Untuk CKD (100%) Dan Kereta CBU (50%) Untuk Tahun 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *