Berita Auto

Mercedes-AMG CLA45 S Dilancarkan – RM448,888

Selain A35 dan A45 S, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan satu lagi model AMG iaitu CLA45 S 4Matic+.

Seperti A45 S, model coupe empat pintu ini hadir dengan enjin turbo M139 2.0-liter empat silinder yang menjana 421 hp dan 500 Nm, 40 hp dan 25 Nm lebih tinggi berbanding enjin sebelum ini.

Dengan transmisi AMG Speedshift DCT 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic+, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.0 saat, hanya 0.1 saat lebih perlahan berbanding A45 S. Kelajuan maksimum adalah sama iaitu 270 km/j.

Secara umumnya, CLA45 S mempunyai kelengkapan yang hampir sama dengan A45 S. Selain enjin, ia juga merangkumi kit badan AMG Bodystyling, rim AMG berukuran 19 inci, cermin sisi elektrik dan angkup brek berwarna merah.

Di dalam, terdapat stereng dan tempat duduk AMG Performance dengan kemasan kulit Nappa dan mikrofiber Dinamica, lantai karpet AMG serta pencahayaan ambien.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem infotainmen MBUX dengan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles, modul LTE untuk servis Mercedes Me Connect dan sistem audio premium Burmester.

CLA45 S 4Matic+ ditawarkan pada harga RM448,888, iaitu RM11,000 lebih murah berbanding A45 S. Ia boleh dimiliki dengan ansuran bulanan berjumlah RM5,355 menerusi perkhidmatan pembiayaan Agility Financing atau RM5,588 menerusi AMGPro Financing.

Previous post

Mercedes-AMG A35, A45 S Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Hyundai Sekarang Akan Menghantar Kereta Ke Rumah Anda Untuk Pandu Uji

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *