Cerita Auto

Menteri Besar Selangor Lawat Kilang Toyota di Bukit Raja

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari hari ini membuat lawatan ke Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), sebuah anak syarikat milik penuh UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan kenderaan Toyota.

Beliau meninjau sendiri amalan dan prosedur terbaru yang diamalkan di kilang tersebut yang selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19.

Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Bin Shari ke kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Raja itu disambut oleh barisan pengurusan tertinggi UMW Toyota Motor dan ASSB. Selepas menerima taklimat berkaitan operasi kilang, beliau dibawa meninjau sekitar kemudahan yang ketika ini menjadi pusat pemasangan bagi model- model seperti Toyota Yaris dan Toyota Vios.

Di beberapa bahagian seperti di tempat letak motosikal, bilik simpanan barang pekerja dan kantin, perubahan telahpun dilakukan untuk mengambil kira keperluan mengekalkan jarak sosial. Pemeriksaan suhu badan dijalankan setiap hari, manakala cecair pembasmi kuman
dan penggunaan pelitup muka dijadikan kelaziman baru, selari dengan SOP yang digariskan kerajaan.

Bagi memiminimumkan interaksi agar risiko penyebaran boleh dikurangkan, ASSB mengamalkan langkah-langkah sama yang dipraktikkan oleh kilang-kilang Toyota di negara lain seperti waktu berkerja yang berperingkat dan pemasangan pembahagi tambahan di bahagian proses pemasangan pint.

Ketika di lokasi, Menteri Besar juga sempat melawat Toyota Boshoku UMW Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha sama antara Toyota Boshoku dan UMW Toyota Motor yang membuat dan mengeluarkan tempat duduk, kemasan pintu, lapik bumbung serta dulang barangan yang digunakan dalam model model kenderaan pemasangan tempatan Toyota.

Oleh kerana kilang ini memiliki kelengkapan yang sesuai, Toyota Boshoku UMW sebelum ini membantu mengeluarkan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) yang diperlukan oleh petugas medik yang menguruskan pesakit-pesakit Covid-19. Lebih 10,000 unit PPE yang terdiri daripada pelindung kasut, penutup kepala dan baju pelindung telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk diedarkan ke hospital-hospital seluruh negara.

Sebuah majlis sederhana juga telah diadakan untuk ASSB dan Toyota Boshoku UMW bagi menyerahkan kelengkapan PPE berkenaan kepada Menteri Besar sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor. Serahan berkenaan terdiri daripada 100 helai baju pelindung, penutup kepala dan pelindung kasut.

Previous post

Mazda BT-50 Generasi Ketiga Tampil Dengan Rekaan Kodo

Next post

Adakah Powertrain DS 7 PHEV Baru Ini Dapat Diskaun EEV Serupa Dengan X5?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *