Berita Auto

Mazda CX-3 Limited Edition oleh MazdaSports Dilancarkan

Bermaz Motor telah memperkenalkan Mazda CX-3 Limited Edition bersempena dengan ulang tahun ke-100 jenama dari Jepun itu.

Dibangunkan oleh divisyen MazdaSports Bermaz (divisyen sama yang menghasilkan Mazda3 MS), model edisi terhad ini didatangkan secara eksklusif dalam warna Snowflake White Pearl dengan bumbung Piano Black dan spoiler yang sepadan.

Selain itu, ia juga mendapat beberapa kelengkapan tambahan seperti:

  • lip spoiler hadapan
  • diffuser bampar belakang
  • muncung ekzos besar
  • rim aloi 18 inci dengan kemasan gunmetal
  • lencana Mazda 100 Years Anniversary Limited Edition

Untuk bahagian dalaman pula, terdapat ciri-ciri berikut:

  • Sulaman “Mazda 100 Years Anniversary Limited Edition” pada tempat duduk
  • upholsteri baldu kelabu gelap pada tempat duduk, stereng, tombol gear dan perehat tangan
  • pedal aluminium
  • scuff plate
  • karpet lantai edisi terhad
  • subwoofer JBL Basspro Hub 11 inci dengan alat kawalan jauh

Penambahbaikan model ini tidak terhad kepada aspek penampilan sahaja. Untuk meningkatkan pengendaliannya, MazdaSports turut memberikan front strut tower brace, dengan pendakap casis hadapan, tengah dan belakang.

Pakej edisi terhad ini berharga RM14,500. CX-3 Limited Edition yang berasaskan varian SkyActiv-G 2.0L ditawarkan pada harga RM141,329 (harga atas jalan tidak termasuk insurans).

Previous post

Pemilik Alfa Romeo Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-110

Next post

Aston Martin AMB 001 Jalani Ujian di Perancis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *