Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mazda BT-50 Generasi Ketiga Tampil Dengan Rekaan Kodo

Mazda akhirnya menyiarkan gambar rasmi pertama Mazda BT-50 generasi ketiga. Tidak seperti model terdahulu, BT-50 tidak berkongsi platform dengan Ford Ranger sebaliknya merupakan ‘kembar’ kepada Isuzu D-Max.

Seperti model keluaran Mazda yang lain, BT-50 menampilkan bahasa reka bentuk Kodo dengan wajah yang tidak jauh berbeza dengan CX-8 atau CX-9. Bagaimanapun, reka bentuk lampu belakang lebih menyerupai lampu yang terdapat pada D-Max.

Seperti yang dijangka, ruang dalaman trak pikap ini tampil mewah menerusi penggunaan upholsteri kulit dan bahan sentuhan lembut pada papan pemuka. Ia juga dilihat mempunyai rekaan dan susun atur tersendiri yang tidak dikongsi dengan mana-mana model Mazda yang lain.

Menurut siaran akhbar bagi pasaran Australia, BT-50 Double Cab mempunyai ukuran 5,280 mm panjang, 1,870 mm lebar dan 1,790 tinggi, dengan jarak roda berukuran 3,125 mm.

Ia akan hadir dengan enjin turbodiesel 3.0-liter dengan kuasa berjumlah 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm dari 1,600 hingga 2,600 rpm. Jumlah muatan maksimum adalah 1,065 kg manakala kapasiti tundanya adalah 3,500 kg.

Selain enjin terbabit, model ini dijangka hadir dengan enjin turbodiesel 1.9-liter yang digunakan pada D-Max.

Ciri-ciri lain yang disertakan termasuklah Adaptive Cruise Control, Auto Emergency Braking, Blind Spot Monitoring, Lane-Keep Assist System, Rear Cross Traffic Alert, serta Android Auto dan Apple CarPlay bagi sistem infotainmen.

Previous post

Senarai Harga Baharu Hyundai

Next post

Menteri Besar Selangor Lawat Kilang Toyota di Bukit Raja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *