Berita Auto

Harga Petrol, Diesel Naik Lagi Untuk 27 Jun-3 Julai

Harga petrol dan diesel akan masing-masing akan naik 10 sen dan 9 sen bermula tengah malam ini hingga 3 Julai.

Menurut Kementerian Kewangan, harga petrol RON95 akan meningkat dari RM1.59 kepada RM1.69 seliter, manakala harga petrol RON97 naik kepada RM1.99 seliter dari RM1.89 sebelum ini.

Sementara itu, harga runcit diesel menyaksikan peningkatan dari RM1.77 kepada RM1.86 seliter.

Menurut kementerian itu, kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan harga minyak proses, selari dengan harga minyak mentah global yang turut meningkat.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

Harga mingguan bagi produk petroleum dikira berdasarkan formula Mekanisma Harga Automatik (APM) yang diperkenalkan pada Januari 2019.

Previous post

Kini Anda Boleh Pandu Uji Kenderaan Ford di Rumah atau Pejabat

Next post

Ada Khabar Mazda3 Turbocharge Akan Debut 2 Minggu Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *