Bisnes

Harga Petrol dan Diesel Naik Lagi

Harga bahan bakar tempatan meneruskan aliran pendakian secara menyeluruh untuk jangka waktu 13-19 Jun ini.

Harga runcit petrol RON95 menyaksikan kenaikan lapan sen dari RM1.48 seliter menjadi RM1.56 seliter. Harga runcit RON97 juga naik lapan sen dari RM1.78 seliter menjadi RM1.86 seliter.

Sementara itu, harga runcit untuk diesel meningkat 10 sen dari RM1.73 seliter, daripada 1.63 seliter sebelumnya.

Menurut kementerian kewangan, kenaikan secara keseluruhan disebabkan oleh kenaikan harga produk halus sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah global.

Harga mingguan produk petroleum dikira berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)  yang diperkenalkan pada Januari 2019.

Previous post

Saham Tesla Motors Melonjak Di Amerika Lebih Dari USD1,000

Next post

Mengapa BMW X5 xDrive45e Ini Akan Datang Ke Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *