Khidmat Masyarakat

Pegawai Polis Trafik Berhentikan Trafik Untuk Selamatkan Anjing Cedera

Tular di media sosial, awal hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berkongsi kisah yang agak memilukan di laman facebook mereka.

Posting facebook mereka adalah mengenai bagaimana polis trafik ini berusaha dan merbahayakan diri mengarah trafik dan menyelamatkan seekor anjing liar yang cedera. Kejadian berlaku di KM13.8 Lebuhraya Persekutuan pagi tadi ketika seorang pegawai yang bekerja di bawah Cawangan Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik berhenti untuk membantu anjing yang cedera itu keluar daripada tengah jalan.

Sebuah kenderaan telah melanggar anjing itu, dan ia tidak dapat bergerak. Dengan pertolongan pegawai itu, lalu lintas diberhentikan untuk memberi laluan kepada anjing itu untuk keluar dari tengah jalan.

Segala kepujian kami untuk pegawai itu dan juga PDRM kerana telah berkongsi posting yang positif peranan pegawai polis dalam masyarakat. Ianya adalah amat berbahaya, sangat sukar dan mungkin menyalahi undang-undang bagi orang awam untuk mencuba menyelamatkan anjing itu dari bahaya dengan menghalang lalu lintas.

Petikan text asal mereka dalam bahasa Inggeris dan Malaysia.

PIC OF THE DAY: SETIAP MAKHLUK CIPTAAN TUHAN ADALAH BERHARGA

Setiap makhluk yang wujuf di muka bumi ini amat berharga, sama-samalah kita berbuat baik dan menyayangi antara satu sama lain kerana setiap uang bernyawa berhak menikmati hidup dengan aman dan selesa.

Terima kasih kepada anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor, kerana telah menyelamatkan seekor anjing yang cedera dilanggar oleh kenderaan di kilimeter 13.8 Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Walaupun sibuk dalam memastikan laluan trafik di Kuala Lumpur berjalan lancar, bantuan tetap diberikan kepada anjing berkenaan demi memastikan ia selamat dan kembali berjalan semula.

Sedikit tentang cawangan pegawai tersebut.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 2016 sempena Sambutan Hari Polis Ke-209.

Objektif

JSPT ditubuhkan dengan objektif utama menjadikannya sebagai sebuah jabatan yang menerajui pengurusan trafik dengan teras perkhidmatan utama seperti berikut:- 

  • Siasatan dan Perundangan
  • Penguatkuasaan 
  • Kawalan Lalulintas
  • Pengurusan Saman

Visi

Agensi peneraju penguatkuasaan lalu lintas dalam menentukan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Misi

Memberi perkhidmatan yang cekap, profesional dan berkualiti dalam melindungi serta menjamin persekitaran yang selamat kepada pengguna jalan raya.

Previous post

Volksawgen Umum Senarai Harga Baharu Selepas Pengecualian Cukai Jualan

Next post

Senarai Harga Baharu Volvo Car Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *