Motosikal

Aston Martin AMB 001 Jalani Ujian di Perancis

Superbike pertama Aston Martin iaitu AMB 001 kini sedang menjalani sesi ujian di litar Pau-Arnos di Perancis sebagai sebahagian daripada fasa pembangunannya.

Dibangunkan dengan kerjasama pengeluar motosikal Brough Superior, AMB 001 merupakan jentera edisi terhad yang direka khas untuk kegunaan di litar lumba.

Sesi ujian ini membolehkan Aston Martin dan Brough mengumpul data=data penting serta mendapatkan maklum balas mengenai prestasi motosikal itu dari aspek pengendalian, brek dan pecutan.

Bagi aspek kuasa pula, AMB 001 menampilkan enjin V-twin turbo yang mampu menghasilkan sehingga 180 hp. Enjin tersebut dikatakan mempunyai intercooler dengan intake manifold besar yang membuatkannya kelihatan seperti enjin supercar.

Selepas proses ujian ini, AMB 001 akan memasuki fasa pengeluaran di kilang Brough Superior yang terletak di Toulouse. Pengeluaran model ini dihadkan kepada 100 unit sahaja dengan harga bermula 108,000 Euro (RM520,500).

Previous post

Mazda CX-3 Limited Edition oleh MazdaSports Dilancarkan

Next post

Nikmati Tawaran Hebat Pertengahan Tahun di Naza Automall

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *