Berita Auto

UMW Toyota Hasilkan Video Raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini tentunya sedikit berbeza kerana ia berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi diteruskan ketika ini.

“Berdasarkan pengalaman Toyota sendiri ketika berdepan situasi sukar dan mencabar sebelum ini, saya percaya semangat yang kuat akan membolehkan kita mampu untuk mengharunginya dengan cekal dan tabah serta menjadi bertambah kuat. Dalam jangka masa pendek, keadaan mungkin sukar, tetapi dihujungnya nanti kekuatan dan keyakinan akan terlahir selepas kita berjaya mengatasinya,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

UMW Toyota Motor faham bahawa ramai yang kecewa kerana tidak dapat meraikan perayaan ini di kampung halaman bersama orang tersayang. Untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia, syarikat telah menerbitkan tiga buah video, dengan setiap satu daripadanya mempunyai pendekatan dan tema unik tersendiri, yang ditayangkan di pelbagai saluran media sosial rasminya.

Dalam video pertama yang dimuat naik pada 6 Mei 2020, rakyat Malaysia dipelawa untuk menghantar video mereka sendiri, menunjukkan cara masing-masing menjalani bulan Ramadan dalam mematuhi keperluan PKP untuk terus kekal di rumah.

Video buatan sendiri itu kemudiannya digabungkan di dalam video yang lebih lengkap yang menggambarkan senario kehidupan dan pengalaman aktiviti dan ibadah berpuasa dalam keadaan tersebut.

Bagi video Raya pula, terdapat dua tema berbeza. Pertama, yang dimuat naik pada 21 Mei 2020, menampilkan sebuah keluarga yang sudah dapat menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan, dan menerimanya sebagai satu pengorbanan yang perlu dilakukan.

Seterusnya, video Raya kedua dikongsi pada 25 Mei 2020, menampilkan selebriti-selebriti Toyota Gazoo Racing menyanyikan lagu Raya klasik, “Senandung Hari Raya Untukmu” bagi menceriakan suasana sambutan Hari Raya, walaupun dalam keadaan terhad sempena PKP.

“Pesan utama yang ingin disampaikan melalui video-video berkenaan ialah agar kita kekal tabah dan terus mengharungi kesukaran ini bersama. Begitu juga dengan Toyota yang terus cuba bertahan dan beradaptasi untuk menyesuaikan segenap amalan dengan situasi semasa. Dengan bilik pameran dan pandu uji maya, aplikasi augmented reality dan banyak lagi, Toyota ingin memastikan orang ramai masih boleh mendapatkan produk produknya dan dalam masa yang sama mengutamakan keselamatan semua,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Previous post

Triumph Perkenal Scrambler 1200 Bond Edition

Next post

Mercedes-Benz Dedah Teaser S-Class W223

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *