Berita Auto

Tobias Moers Ganti Andy Palmer Sebagai CEO Aston Martin

Aston Martin Lagonda mengesahkan bahawa Andy Palmer akan meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kumpulan.

Beliau akan digantikan oleh Tobias Moers yang akan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Ogos 2020. Moers juga akan menyertai Lembaga sebagai Pengarah Eksekutif.

Dalam tempoh interim, Keith Stanton, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Pengeluaran dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi sementara untuk menyokong Pengerusi Eksekutif, Lawrence Stroll.

Andy Palmer

Moers merupakan Pengerusi Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG GmbH dan telah memegang jawatan tersebut sejak Oktober 2013.

Di bawah kepimpinanan Moers, Mercedes-AMG telah melipatgandakan produk portfolio dan jumlah jualan kenderaan AMG menerusi kecekapan operasi dan pembuatan serta strategi pengurusan jenama yang jelas.

Previous post

BMW 6 Series GT Turut Terima Facelift

Next post

MINI Countryman Facelift Sudah Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *