Keselamatan

Semua Kenderaan Volvo Kini Mempunyai Had Kelajuan 180 KM/J

Bermula sekarang, setiap kenderaan Volvo yang dihasilkan akan mempunyai had kelajuan maksimum 180 km/j. Perkara itu diumumkan pada Mac tahun lalu dan kini dilaksanakan pada peringkat global bagi semua model keluaran jenama itu.

Menurut Volvo, keputusan itu terbukti mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan ia kehilangan bakal pelanggan. Namun Volvo bertegas bahawa sebagai pengeluar kenderaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk mengurangkan risiko kemalangan yang diakibatkan oleh kelajuan.

Tambahan pula, pada kelajuan tertentu, teknologi keselamatan yang terdapat di dalam kereta tidak lagi cukup untuk mengelakkan kecederaan yang teruk dan kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Selain daripada had kelajuan terbabit, Volvo juga memperkenalkan Care Key yang membolehkan pemandu menetapkan had kelajuan tambahan. Ciri ini berguna terutamanya apabila kereta dipandu oleh ahli keluarga atau individu yang kurang berpengalaman.

Kedua-dua ciri ini merupakan sebahagian daripada visi keselamatan Volvo 2020 yang menyasarkan sifar kecederaan dan kematian di dalam kenderaan Volvo yang baharu.

Previous post

Ferrari 812 GTS, F8 Spider Buat Kemunculan di Malaysia

Next post

Alpina XB7 - Antara SUV Paling Berkuasa di Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *