Berita Auto

Renault Captur Kini Dengan Pelan Langganan Percubaan 1 Bulan

TC Euro Cars (TCEC), pengedar rasmi kenderaan Renault di Malaysia, kini menawarkan pelan langganan percubaan selama sebulan untuk Renault Captur.

Untuk melanggan, pelanggan perlu membuat pembayaran sekali berjumlah RM996, tanpa perlu membayar yuran tempahan atau deposit keselamatan. Bayaran ini adalah termasuk cukai jalan, insurans, serta penyelenggaraan tanpa had perbatuan.

Pelan ini menawarkan Captur pra-milik yang berusia tidak melebihi dua tahun dan telah menjalani pemeriksaan menyeluruh mengikut piawaian kualiti dan keselamatan Renault.

Bagaimanapun sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, TCEC mengadakan kempen ‘Renault Easy Raya’ di mana pelanggan boleh menikmati diskaun 35 peratus, menjadikan harga pelan ini RM647. Pelanggan yang berminat perlu membayar yuran tempahan berjumlah RM50 sebelum 31 Julai 2020.

Tempahan boleh dibuat menerusi Renault E-Store atau platform Shopee Malaysia. Pelanggan dari sekitar Lembah Klang yang membuat tempahan sebelum 18 Mei 2020 boleh mengambil kenderaan mereka sebelum Hari Raya. Mereka juga boleh meminta penghantaran dari pintu ke pintu secara percuma.

Previous post

Semua Wakil Pengedar Honda Beroperasi Semula

Next post

Nissan Kicks E-Power Dilancarkan Di Thailand Sebelum Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *