Berita Auto

Pusat Servis Toyota dan Lexus Dalam Kawasan PKPB Sambung Operasi

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan bahawa pusat jualan dan servis rasmi Toyota dan Lexus yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan beroperasi mulai hari ini.

Pembukaan semula operasi serta premis terlibat ini adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk kepada pematuhan peraturan kerajaan negeri masing-masing. Untuk itu, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat jualan dan servis terdekat bagi memastikan terlebih dahulu waktu dan hari operasi serta untuk membuat temujanji.

Pembukaan cawangan jualan dan servis ini selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

Semua cawangan telah menerima garis panduan bagi operasi harian yang wajib dipatuhi, bersekali dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MITI. SOP berkenaan memerlukan amalan penjarakkan sosial, pembasmian kuman di premis serta urusan tanpa sentuhan antara individu sekiranya boleh.

“Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan juga pekerja. Diharapkan para pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Berkenaan kenderaan-kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi yang mana jaminannya tamat di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari tarikh akhir pelaksanaan PKP (ketika ini dijangka pada 12 Mei 2020).

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:

Toyota:

Pertanyaan dan bantuan umum *Isnin – Jumaat, 8am – 5.30pm1800-8-TOYOTA (869682)
Bantuan kecemasan 24/71800-888-247
Emel sokongan pelanggancustomersupport@toyota.com.my

Lexus:

Pertanyaan dan bantuan umum *Isnin – Jumaat, 8am – 5.30pm1-800-88-LEXUS (54987)
Emel sokongan pelanggancustomersupportlexus@lexus.com.my
Previous post

Cara Volvo Car Malaysia Menggalakkan Penjarakan Sosial

Next post

Bahaya Yang Perlu Diawasi Pemandu Trak Pikap

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *