Motosikal / Lain Lain Roda

Program Ducati Cares Dilancarkan

Ducati telah melancarkan program keselamatan peringkat global yang dikenali sebagai Ducati Cares. Ia membolehkan pelanggan dan peminat jenama itu kembali mengunjungi pengedarnya dengan selamat selepas sekatan Covid-19 ditamatkan.

Menerusi program ini, pengedar Ducati di seluruh dunia akan melaksanakan beberapa langkah keselamatan seperti penanda penjarakan sosial, pembasmian kuman, penggunaan topeng muka dan lain-lain.

Selain itu, terima kasih kepada proses digitalisasi yang dijalankan oleh jenama itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelanggan juga boleh berinteraksi dengan pengedar menerusi panggilan video atau ‘chat’, membuat tempahan tunggang uji dan konfigurasi motosikal baharu.

Barangan seperti Ebikes, pakaian dan cenderahati juga boleh dibeli secara dalam talian di shop.ducati.com.

Bagi bidang jualan dan selepas jualan, Ducati akan menyediakan latihan secara dalam talian menerusi aplikasi spesifik dengan pendekatan yang efektif dan interaktif. Setiap minggu kandungan baharu akan disediakan untuk memastikan kakitangan jualan sentiasa peka dengan aspek pengurusan hubungan pelanggan dan proses berkaitan.

Ducati sebelum ini mengumumkan bahawa operasi pengeluaran di kilang Borgo Panigale di Bologna, Itali telah bersambung semula.

Previous post

Toyota Sudah Menjual 15 JUTA Hibrid Sejak 1997

Next post

Jenama Automotif Di Bawah Kumpulan Naza Kembali Beroperasi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *