Berita Auto

Mazda CX-30 AWD Masuk Pasaran Malaysia

Bermaz Motor, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, telah melancarkan varian baharu dalam barisan CX-30 iaitu 2.0L SkyActiv-G AWD High.

Ia menggunakan sistem i-Activ AWD Mazda yang berfungsi untuk mengawal pembahagian tork (dari pacuan roda hadapan ke pacuan semua roda) mengikut keadaan permukaan jalan. Ia boleh mengesan sebarang perubahan kecil pada kelajuan tayar yang tidak disedari oleh pemandu.

CX-30 AWD juga dilengkapi dengan Off-Road Traction Assist yang dibangunkan untuk memaksimumkan cengkaman. Selain kedua-dua ciri tersebut, varian ini hadir dengan spesifikasi yang sama dengan varian 2.0L SkyActiv-G High.

Bukan itu sahaja, Bermaz turut mengumumkan penambahbaikan pada varian 2.0L SkyActiv-G iaitu ciri Advanced Keyless Entry dan Walk Away Lock bagi memberikan lebih kemudahan kepada pemandu.

Diimport dari Jepun, CX-30 boleh didapati dalam lapan warna iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl, Titanium Flash dan Polymetal Gray Metallic.

Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar dan penyelenggaraan percuma untuk lima tahun atau 100,000 km.

VarianHarga
Mazda CX-30 2.0L 2WDRM 145,759.00
Mazda CX-30 2.0L 2WD HIGHRM 164,059.00
Mazda CX-30 2.0L AWD HIGHRM 176,059.00
Mazda CX-30 1.8L Diesel 2WD HIGHRM 172,943.60
Previous post

Logo Baharu Volkswagen Dilancarkan di Malaysia

Next post

Lexus Mungkin Hasilkan BX Yang Berasaskan Yaris Cross

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *