Berita Auto

Lotus Rai Kejayaan Dalam Formula 1 Dengan Elise Classic Heritage Edition

Lotus Elise generasi semasa (Series 3) telah berada di pasaran selama hampir 10 tahun. Bagi menyegarkan barisan model itu, Lotus memperkenalkan empat versi edisi terhad, masing-masing menampilkan tema warna tersendiri yang meraikan sejarah sukan permotoran syarikat itu.

Hitam dan emas

Tema warna hitam dan emas ini merupakan satu penghormatan kepada jentera Formula 1 Lotus Type 72D yang pernah dikemudi oleh Emerson Fittipaldi. Beliau memenangi lima perlumbaan pada musim 1972.

Merah, putih dan emas

Ini pula mewakili skema warna jentera Lotus Type 49B yang dipandu oleh Graham Hill pada 1968.

Biru, merah dan perak

Gabungan warna ini pernah digunakan pada jentera Lotus Type 81 yang dipandu oleh Nigel Mansell, Elio de Angelis dan Mario Andretti.

Biru dan putih

Sir Stirling Moss memenangi Grand Prix Monaco pada tahun 1968 dengan memandu jentera Lotus Type 18 berwarna biru dan putih seperti ini.

Keempat-empat model ini adalah berasaskan Elise Sport 220 dan setiap satu dijual pada harga £46,250 (RM247,750).

Previous post

Lamborghini Perkenal Huracan EVO RWD Spyder

Next post

Ferrari Tangguh Pelancaran Dua Model Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *