Berita Auto

Kia Grand Carnival Kini Dengan 11 Tempat Duduk

Kia Grand Carnival baharu secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia. Ditawarkan pada harga RM179,888 (harga atas jalan tanpa insurans), ia kini boleh memuatkan sehingga 11 orang penumpang menerusi konfigurasi tempat duduk Multiflex.

Menurut Naza Kia, Multiflex membolehkan susunan tempat duduk disesuaikan mengikut keperluan keluarga moden. Jika perlu, ia juga boleh disusun dalam konfigurasi enam, tujuh atau lapan tempat duduk.

Seperti versi lapan tempat duduk, Grand Carnival baharu ini menampilkan enjin diesel 2.2-liter TCI yang menghasilkan 200 PS pada 3,800 rpm dan 440 Nm tork dari 1,750 rpm. Transmisi automatik lapan kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl dan Panthera Metal, dengan rim aloi berukuran 18 inci dan lampu halogen projektor.

Selain itu, MPV ini juga dilengkapi dengan skrin sentuh HMI berukuran tujuh inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pengenalan suara yang boleh diakses menerusi butang pada stereng dan juga port USB tambahan di barisan keempat.

Grand Carnival hadir dengan jaminan pengeluar selama lima tahun.

Previous post

Nikmati Diskaun 20 Peratus Untuk Alat Ganti MODENAS

Next post

Perodua Kembali Beroperasi Pada Kapasiti Penuh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *