Berita Auto

Harga Minyak Naik Lagi

Harga minyak tempatan nampaknya mula menunjukkan peningkatan. Selepas kenaikan minggu lalu, harga petrol dan diesel bakal naik lagi untuk tempoh 23 hingga 29 Mei.

Menurut kementerian kewangan, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing meningkat tujuh sen dari RM1.31 kepada RM1.38, dan dari RM1.61 kepada RM1.68 seliter.

Sementara itu, harga diesel pula menyaksikan kenaikan enam sen dari RM1.45 kepada RM1.51 seliter.

Kementerian itu mengatakan bahawa kenaikan harga minggu ini adalah disebabkan peningkatan harga minyak proses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah global.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjaga.

Previous post

BMW S 1000 RR Kini di Malaysia

Next post

Tolong Jangan ‘Balik Kampung’ Tahun Ini Melalui Jalan ATAU Sungai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *