Berita Auto

Evolusi Stereng Peugeot

Tahukah anda bahawa roda stereng pertama muncul pada Julai 1894? Ia digunakan pada kereta Panhard 4 HP kepunyaan Alfred Vacheron dalam perlumbaan Paris-Rouen. Sebelum itu, kereta dikemudi menggunakan bar hendal atau ’tiller’.

Bagi Peugeot pula, kereta pertamanya yang dilengkapi dengan roda stereng adalah Peugeot Type 36 yang dikperkenalkan pada 1901. Kereta itu bukan sahaja mempunyai roda stereng, malah ia adalah antara yang pertama yang mempunyai hud enjin.

Sejak dari itu, pengeluar dari Perancis itu telah memperkembangkan lagi inovasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi denga memperkenalkan stereng kompak yang merupakan sebahagian daripada i-Cockpit Peugeot.

Menurut Peugeot, stereng yang lebih kompak dapat mengurangkan pergerakan tangan ketika mengendalikan kenderaan, sekaligus meningkatkan ketangkasan pemandu. Pada masa yang sama, ia juga memberikan posisi pemanduan yang lebih santai.

i-Cockpit terus berkembang dan kini boleh didapati pada keseluruhan barisan model Peugeot termasuk 208, 2008, 308, 3008, 5008, 508, Rifter dan Partner.

Melangkah ke hadapan, kemajuan teknologi pemanduan autonomi dilihat akan memberikan impak kepada reka bentuk stereng itu sendiri. Sebagai contoh, kereta konsep Peugeot e-Legend yang diperkenalkan pada 2018 mempunyai stereng ultra-kompak yang dilipat secara automatik apabila kereta itu berada dalam mod pemanduan autonomi.

Previous post

Alpina XB7 - Antara SUV Paling Berkuasa di Dunia

Next post

Ini Dia Nissan GT-R50 Italdesign Versi Produksi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *