Berita Auto

BMW 5 Series Facelift Diperkenalkan

Setelah lebih tiga tahun berada di pasaran, BMW 5 Series G30 kini diberikan facelift yang menyaksikan model itu menerima reka bentuk yang lebih segar serta beberapa penambahbaikan yang melibatkan kelengkapan dan juga enjin.

Seperti yang boleh dilihat, model facelift (LCI) ini menampilkan rekaan jeriji ‘kidney’ dan lampu baharu yang membuatkannya kelihatan mirip kepada 3 Series G20. Lampu adapatif LED kini didatangkan secara standard, manakala lampu LED Matrix dan Laserlight kekal sebagai opsyen.

Sementara itu, di bahagian belakang, 5 Series mendapat lampu dengan rekaan tiga dimensi serta muncung ekzos berkembar berbentuk trapezoid. Rim didatangkan dalam pilihan 18 hingga 20 inci, termasuk rim BMW Individual Air Performance Wheels berukuran 20 inci.

Ruang dalaman turut menerima beberapa penambahbaikan seperti rekaan butang multifungsi baharu pada stereng, ciri tambahan bagi sistem kawalan iklim dan kemasan hitam berkilat pada konsol tengah. Sistem infotainmen pula terdiri daripada skrin 10.25 inci yang didatangkan secara standard. Skrin 12.3 inci ditawarkan secara pilihan.

Berikut adalah barisan enjin yang ditawarkan untuk 5 Series LCI:

  • 520i – 2.0-liter empat silinder dengan 184 hp dan 290 Nm
  • 530i – 2.0-liter empat silinder dengan 252 hp dan 350 Nm
  • 540i – 3.0-liter enam silinder dengan 333 hp dan 450 Nm
  • M550i – 4.4-liter V8 dengan 530 hp dan 750 Nm
  • 520d – 2.0-liter empat silinder dengan 190 hp dan 400 Nm
  • 530d – 3.0-liter enam silinder dengan 286 hp dan 650 Nm
  • 540d – 3.0-liter enam silinder dengan 340 hp dan 700 Nm
  • 530e – 2.0-liter empat silinder hibrid plug-in dengan 292 hp dan 420 Nm
  • 545e – 3.0-liter enam silinder hibrid plug-in dengan 394 hp dan 600 Nm

Menurut BMW, model-model empat dan enam silinder kini dilengkapi dengan teknologi mild-hybrid 48v yang memberikan kuasa tambahan sebanyak 11 hp. Varian 530e dan 545e pula mendapat ciri XtraBoost yang berfungsi menyuntik 40 hp tambahan selama 10 saat.

Dari segi keselamatan, model ini didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan baharu yang merangkumi Lane Departure Warning (sebahagian daripada Driving Assistant) dan Parking Assistant. Turut ditawarkan adalah Integral Active Steering.

5 Series LCI akan memasuki pasaran bermula Julai tahun ini. BMW akan menawarkan 1,000 unit 5 Series M Sport Edition dalam versi Sedan dan Touring yang hadir dengan pakej M Sport, warna luaran Donnington Grey (sebelum ini hanya untuk model M) dan rim 20 inci BMW Individual Air Performance.

Previous post

Kia Rio Dilengkapi Dengan Pilihan Keselamatan, Teknologi dan MHEV Baru

Next post

BMW 6 Series GT Turut Terima Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *