Berita Auto

Proton Sahkan Waranti Tidak Terjejas Ketika PKP

Jika anda seorang pemilik kereta Proton dan waranti kenderaan anda bakal tamat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jangan risau kerana syarikat itu mengesahkan bahawa waranti akan dilanjutkan kepada 1,000 km atau 30 hari selepas hari terakhir PKP, yang mana-mana terdahulu.

Berikutan penutupan semua pusat servis Proton sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan.

Pelanggan bagaimanapun dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP untuk memastikan waranti kenderaan mereka kekal aktif.

Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis Proton bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari dari tarikh berakhirnya tempoh PKP.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-88-8398 atau emel kepada customercare@proton.com.

Previous post

Audi RS6-R Avant - Super Wagon Oleh ABT!

Next post

BMW Motorrad Sahkan R 18 Untuk Pengeluaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *