Berita Auto

Volkswagen Dedah Imej Nivus Untuk Pasaran Amerika Selatan

Volkswagen Brazil telah menyiarkan imej awal SUV subkompak yang dikenali sebagai Nivus. Model ini akan memasuki pasaran Brazil bermula Jun depan, diikuti dengan pasaran-pasaran Amerika Selatan yang lain. Ia juga akan dijual di Eropah.

Walaupun masih dipakaikan pelekat penyamaran, imej-imej ini jelas menunjukkan yang Nivus mempunyai bentuk badan ala coupe. Bahagian hadapannya agak segak, dengan lampu LED berserta lampu nyalaan siang dan rekaan jeriji berkembar.

Di belakang, bentuk lampu Nivus hampir menyerupai lampu T-Cross, iaitu satu lagi SUV subkompak untuk pasaran Eropah. Model ini dikatakan mempunyai rim aloi 17 inci yang memberikannya imej yang premium.

Dibina menggunakan platform MQB, Nivus bakal tampil dengan enjin TSI 1.0-liter tiga silinder yang menghasilkan 128 hp dan 200 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan. Sistem pacuan semua roda 4Motion tidak akan ditawarkan.

Walaupun mempunyai saiz yang hampir sama dengan Polo, Nivus dikatakan mempunyai ruang but yang lebih besar iaitu 415 liter berbanding 285 liter pada hatchback tersebut.

Previous post

Volvo Cars Alami Penjualan Yang Sihat Suku Pertama 2020

Next post

Ferrari Hasilkan Injap Respirator Untuk Pesakit Covid-19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *