Berita Auto

Tayar Terhubung Goodyear Boleh Kurangkan Jarak Berhenti 30%

Goodyear mendakwa bahawa tayar terhubungnya (connected tyres) – yang dilengkapi dengan sensor – berupaya mengurangkan jarak berhenti antara tayar baharu dan terpakai sebanyak 30 peratus.

Menurut syarikat itu, tayar terhubung itu boleh berkomunikasi dengan kenderaan dan jalan, sekaligus membawa kepada peningkatan prestasi dan keselamatan kenderaan.

Dengan evolusi kenderaan elektrik dan autonomi, tayar terhubung dan kesannya terhadap jarak berhenti, komunikasi dengan kenderaan bakal menjadi lebih penting.

Tayar terhubung Goodyear secara berterusan mengukur dan merekod maklumat tayar yang diperoleh, kemudian memadankan maklumat tersebut dengan data kenderaan yang lain dan menghubungkannya dengan algoritma berasaskan awan.

Tayar tersebut boleh mengukur tahap kehausan tayar, beban, tekanan angin, suhu serta keadaan permukaan jalan dalam masa sebenar, sekaligus memboleh kenderaan bertindak balas dan mengoptimumkan prestasinya.

Walaupun tayar terhubung ini masih belum ditawarkan kepada pengguna, Goodyear kini sedang mengujinya secara meluas dengan kerjasama syarikat automotif dan ‘start-up’.

Previous post

Konsep Premium Sukan Nissan ElGrand Di Jepun

Next post

Festival Super GT Malaysia 2020 Ditangguhkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *