Berita Auto

Pusat Servis Subaru Terpilih Kembali Beroperasi

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, mengumumkan bahawa beberapa pusat servis terpilih telah kembali beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkhidmatan yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terhad kepada servis penyelenggaraan, pembaikian kecil dan pembaikian kenderaan rosak. Pemilik dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis terdekat untuk membuat janji temu terlebih dahulu.

Untuk meyekat penyebaran COVID-10, semua pusat servis Subaru menerapkan langkah-langkah keselamatan seperti pembersihan kawasan kerja secara menyeluruh, pengambilan suhu serta penggunaan topeng, pembersih tangan dan penyembur disinfektan.

TC Subaru berkata bahawa ia akan terus membantu pelanggan semasa tempoh PKP melalui Subaru Careline yang boleh dihubungi di talian 1-800-22-9898 atau 012-536-0080.

Selain itu, syarikat itu juga akan melanjutkan waranti kenderaan yang tamat dalam tempoh PKP sehingga 60 hari atau 1,000 km, mana-mana yang tiba terlebih dahulu.

Untuk senarai pusat servis yang dibenarkan beroperasi, layari laman web rasmi Subaru.

Mereka yang ingin membeli Subaru XV atau Forester semasa tempoh PKP boleh melakukannya dari rumah menerusi kempen tempahan secara dalam talian Subaru yang dilancarkan baru-baru ini.

Previous post

Kecekapan Dinamik Dari BMW Dijelaskan

Next post

Kini Anda Boleh Beli BMW Secara Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *